Rumah Rumah Agam untuk Program Homestay Di PAPITUSULEM 

 

 

  • Ciri-Ciri kebanyakan rumah homestay di PAPITUSULEM :
    • Rumah Papan
    • Mempunyai Tiang Tinggi. Boleh masuk bawah rumah
    • Ciri-ciri tradisional Jawa masih dikekalkan :
      • Jenis Limasan Trajumas yang mempunyai penambahan pada ruangan “emper” - Balkoni yang mengelilingi bangunannya.
      • Jenis Limasan Lambang Sari yang mempunyai pembentuk atapnya, dimana terdapat balok penyambung antara “atap berunjung” dengan “atap penanggap”. Atap bangunan ini memiliki 4 buah sisi yang kesemuanya mempunyai bentuk tersusun 2 buah.
      • Jenis limasan lawakan mempunyai 4 buah sisi atap dengan bentuk bertingkat kerana mempunyai sisi yang berbeza antara atap bahagian tengah dengan atap bahagian emper.
      • Jenis Limasan Cere Gancet  yang mana cara pembinaannya menggabungkan bahagian sisi empernya (balkoni). Titik pertemuan kedua-buah emper (Balkoni) ini di pergunakan sebagai saluran air hujan atau “talang air”. Pada saluran talang air ini disokong dengan penyangga agar struktur talang cukup kuat menahan air hujan yang turun untuk disalurkan pada tangki air.

 

 

 

Lokasi :

  • Rumah di bahagian Baruh :
    • Berhampiran dengan laut
    • Boleh berjalan kaki untuk ke Pantai
    • Dikelilingi oleh pohon kelapa laut yang menjulang tinggi dan kelapa sawit yang menghijau
    • Boleh menikmati matahari terbenam di laut.
    • Pencarian Mentarang adalah sesuatu yang tidak dapat dilepaskan.

 

  • Rumah di bahagian Darat :
    • Dikelilingi oleh Sawah Padi yang terbentang luas, saujana mata memandang
    • Dapat melihat permandangan matahari terbit di ufuk timur
    • Melihat aktiviti penanaman padi dengan lebih jelas
    • Aktiviti memancing dan menjala di terusan /  Tali air.
    • Suasana kehidupan dan permandangan yang sukar didapati di tempat lain.

 

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email : papitusulemhomestay@yahoo.com  

Make a Free Website with Yola.