SELAMAT DATANG KE PAPITUSULEM HOMESTAY

Homestay Di PAPITUSULEM :

  • Homestay adalah kemudahan tempat tinggal di satu satu tempat bagi pelancong-pelancong yang ingin bermalam di situ.
  • Berbeza dengan Hotel atau Chalet, para tetamu akan tinggal bersama dengan Tuan Rumah Homestay Tersebut, berinteraksi dengan lebih rapat, dan dapat mengalami secara langsung cara kehidupan mereka. Cara kehidupan termasuk makanan, kebudayaan, bahasa, tatacara dan sebagainya.
  • Program Homestay adalah satu program dari Kementerian Perlancongan pada tahun 1988, sebagai alternatif untuk meningkatkan industri perlancongan di Malaysia. Di sinilah keunikan kehidupan  sesuatu tempat dapat dirasai secara langsung oleh tetamu-tetamu, domestik ataupun dari luar negara.

 

 

Homestay PAPITUSULEM adalah Berasaskan :

  • Merasai Kehidupan Kampung :
    • Tinggal bersama keluarga angkat Petani / Orang Kampung
    • Hidangan Makanan ala Kampung
    • Aktiviti Harian bersama keluarga Angkat / Petani / orang kampung
    • Aktiviti bersama Masyarakat Setempat
  • Pertanian :
    • Melawat Sawah Padi (bermusim)
    • Melawat Kebun sayur-sayuran
    • Melawat Kebun Kelapa Mataq
    • Tempat pemprosesan Santan Kelapa
    • Melawat Sistem pengairan dan hasil padi terbaik di Malaysia
    • Melawat kilang pemprosesan Padi dan Beras
    • Melawat Kilang IKS yang berasaskan pertanian
  • Rekreasi :
    • Tapak Perkhemahan di tepi pantai dan kawasan pertanian
    • Berkayak di terusan dan di laut (Selat Melaka)
    • Menaiki bot menyusur pantai dan memancing
    • Memancing di taliair / memancing belut
  • Kebudayaan :
    • Persembahan Kompang
    • Persembahan Seni Silat
    • Persembahan Kuda Kepang
    • Persembahan Cempuling

 

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email : papitusulemhomestay@yahoo.com  

Make a Free Website with Yola.